Saturday, June 5, 2010

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010


Ke hadapan,

Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.








8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.

8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin

1. Belum sampai jodoh

- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:- ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih

- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)



3. Takut dapat suami yang tak baik

- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…




4. Pernah putus cinta

- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5. Tak mau dikongkong

- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.



6. Pentingkan kerjaya/karier

- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa2 kijer. Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah… So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….



7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki

- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’. So, baik toksah kawin langsung…

Friday, June 4, 2010

10 Tips Jimat untuk kumpul bajet kahwin – Part 1

Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau you all rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!



2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…



5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)



6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

Thursday, June 3, 2010

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat."



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "



10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."



11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.