Saturday, March 27, 2010

Tips memikat hati isteri – Part 1

Isteri anda kuat merajuk ke? Hai…sapa yang tak sayang bini oii… Kalau perkara ni terjadi, kaum suami kerap kali berasa runsing bila melihat ‘muncung’ panjang isteri mereka. Sepanjang-panjang hidung Pinochio yang bercakap bohong, panjang lagi muncung si isteri yang merajuk. Tapi, jangan risau kaum suami semua, kerana ini ada tips yang gerenti dapat memikat hati isteri yang sedang atau kuat merajuk. Jom baca…

1. Beri hadiah - biasakan diri untuk membeli hadiah untuk isteri tersayang. Tak semestinya kena beli yang mahal, cukuplah dengan gifts seperti bunga ke, coklat ke, perfume Avon ke… kan murah tu. Lagipun, apa salahnya berbelanja sikit untuk memikat hati isteri yang sedang merajuk. Memang berbaloi-baloi hasilnya nanti beb… :-)

Contoh situasi:

Suami: “Yang, nie abang ada belikan ayang sejambak bunga nie. Abang oder terus dari Cameron Highland tu lagi yang… mahal nie.”

Isteri: “Ye ke yang? Ayang tak tipu?”

Suami: “Ishh…takkan la benda camnie pun abang nak tipuuu………”

(ehem2…. tipu tipu gurau lah sikit – mesti si isteri terus terpesona dengan anda yang jarang memberi hadiah)



2. Ajak isteri pi makan angin – yang nie memang gerenti hati isteri yang sedang panas akan jadi cair. Siapa yang tak mau makan angin kalau ada orang nk sponsor…huhu:-) Bawalah isteri anda makan angin atau melancong ke tempat yang tenang, romantik dan cantik seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor ke.



Jangan jadi macam mamat nie sorang:

Isteri: “Yang, jom kita pi makan angin. Dah dekat 10 tahun kita duk terperap kat rumah nie jer. Boringla yang.”

Suami: “Ye ker? Kesian abang dengar. Ok, jom kita pi sekarang.”

Isteri: “Betul ke nie yang? Ke mana kita nak pegi?” (Dengan muka terkejut tapi happy giler)

Suami: “Ke kedai mamak seberang jalan tu je … Malam nie kan Liverpool lwn MU. Boleh kita tengok kat tv flat skrin besar kat situ…:-)”

3. Beri pujian ikhlas – rajin-rajinlah beri pujian kepada isteri tersayang anda. Jangan jadi berat mulut kerana isteri amat dambakan pujian dari seorang suami. Lagipun, ini satu lagi taktik untuk redakan kemarahan isteri yang sedang meluap-luap.

Contoh situasi:

Suami: “Yang, sesuai sangat you pakai baju dengan tudung tu. You nampak cantik.. ”

Isteri: “Ye ke ni yang? Seingat i, tudung nie you bagi hadiah untuk i 5 tahun yang lepas. Baju nie plak you pernah kata dah boleh donate kat pusat kebajikan. Yang mana satu betul nie yang?”

Suami: “He he… Tak kisahlah yang mana satu betul… asalkan isteri abang dah tak marah sudahlah, yer…:-D”

(Ingat wahai suami, memberi pujian tu biarlah dari hati yang ikhlas yer..)

4. Ucapkan ‘I Love You’ - Tak kisahlah anda baru kawin hari ni ke, 10-20 tahun yang lepas ke, tapi kata-kata azimat yang sepatutnya dipraktikkan oleh mulut si suami ialah ‘I love you/Saya sayang Awak’. Bukannya susah pun. 3 perkataan simple jer, tapi ni pun susah bagi kaum lelaki nak buat, kan?



Sebenarnya semua isteri suka dengar kalau kalimah ini muncul dari mulut si suami tersayang. Kadang-kadang, tiga perkataan ini pun sudah cukup untuk mengubat hati si isteri yang sedang ‘sakit’. Jadi, amal-amalkanlah selalu!

Contoh situasi:

Isteri: “Masa dulu-dulu ayang suka sangat sebut 3 perkataan ni. Cuba ayang sebut sekarang nie. Takkan tak ingat kot…”

Suami: “Emm…apa yer? (Tengah pikir dengan seriusnya) Ha, abang dah ingat. Nie dia – ‘Ayang kena diet’…?”

(Sesungguhnya suami jenis ni memang sengaja mencari nahas…)

Harap anda terhibur dengan artikel ini dan mengambil iktibar dari yang sepatutnya. Nantikan pula kemunculan Part 2…!

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.