
“Sayang,” kata suami kepada isterinya, “Abang ada jemput seorang kawan untuk makan malam di rumah kita.”
“Apa! Abang gila ke? Rumah kita bersepah, saya tak sempat pergi membeli belah, semua pinggan mangkuk belum dibasuh, dan saya tak ada mood nak masak dinner malam ni!”
“Abang taulah itu semua....” kata suami dengan tenangnya.
“Kalau macam tu, kenapa abang jemput kawan abang tu?” tanya si isteri kehairanan.
“Kerana kawan saya yang malang itu sedang berfikir untuk mendirikan rumahtangga....”

No comments:
Post a Comment