Tuesday, December 8, 2009

Potret Tempahan lagi...




Untuk tempahan potret, sila klik link nie - Tempahan

Tempahan Potret - Gambar Baby



Kiut tak?


Untuk tempahan potret, sila klik link nie - Tempahan

Satu lagi Potret Tempahan...Paige

Salam semua...

Nie adalah antara potret tempahan yang baru siap... Cun tak...? :-)

Enjoy!




Untuk tempahan potret, sila layari link nie - Tempahan

Friday, September 11, 2009

Potret yang Ditempah

Salam semua,

Ini adalah sebuah potret yang telah ditempah oleh seorang pelanggan baru-baru ini. Saya berharap pelanggan saya ini berpuas hati dengan hasil akhirnya...




P/s - Untuk tempahan potret, sila emel neoplanet9@yahoo.com

Thursday, September 10, 2009

Matthew Settle

Salam...

Ini adalah potret Matthew Settle - mungkin ramai yang tak mengenalinya, sebab dia hanya berlakon dalam beberapa filem dan siri TV. Antara siri Tv lakonannya yang disiarkan oleh 8TV adalah "One Tree Hill"..Saya terpanggil untuk melukis wajah selebriti ini kerana bentuk wajahya yg agak hensem dan panahan matanya yg sangat tajam....hehehe...:-D ...ala2 Brad Pitt gitu (masa muda la)...:-)



semasa awal lakaran...


sedikit lagi nak siap...!


ok..dah siap...fuhh lega:-)

Friday, August 14, 2009

Hana...

Salam,

Ini potret kawan saya, Hana...potret ke-3 untuk model 'non-celebrity'..hehehe..agak mencabar jugak untuk melukis gambar ini...sy lihat masih byk kekurangan dlm potret ini...tapi ini boleh dijadikan sebagai practice...Saya tahu masih banyak yg perlu sy belajar dlm bidang seni nie... maklumlah self-taught...

ok, lepas nie ntah gambar siapa pulak...???


Tuesday, August 11, 2009

Tempahan Potret Lukisan Tangan

Salam semua...


Saya ada mengambil tempahan/commission untuk melukis potret lukisan tangan (black n white sahaja). Lukisan potret boleh diberikan sebagai hadiah kepada insan tersayang (hadiah hari jadi/ulang tahun) ataupun dibingkaikan dan digantung buat tatapan anda. Potret yang dilukis tangan adalah lebih tnggi nilainya dan lebih artistik. Jenis potret yang diterima termasuklah:-

- Selebriti (dalam dan luar negara)
- Diri Sendiri
- Suami / Isteri tersayang
- Kawan-kawan
- dsb

Potret akan dilukis dengan menggunakan pensil di atas kertas lukisan bersaiz standard (37cm x 27cm) – lebih besar daripada saiz A4. Anda hanya perlu memberikan foto yang hendak dilukis (menerusi emel) yang mana foto tersebut hendaklah jelas dan bersaiz besar. Jangan berikan gambar yang kabur kerana potret anda juga akan mejadi kabur:-D..Kalau boleh, gambar yang ingin dilukis hendaklah tertumpu kepada bahagian muka dan sedikit bahagian badan...Saya lebih fokuskan kepada potret bahagian muka ..:-)

Bayaran boleh dibuat secara online melalui Maybank2u, CIMB atau perbankan online yang lain. Lukisan yang sudah siap akan diposkan kepada anda setelah bayaran diterima.

Harga sebuah potret:

1. Potret seorang – RM45
2. Potret dua orang – RM60


Semua harga termasuk kos penghantaran melalui PosLaju. Harap maklum.

Tolong sebarkan kepada rakan-rakan anda semua...terima kasih!

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-silu untuk menghantar emal kepada saya di - neoplanet9@yahoo.com ... Sekian, terima kasih...

Shawn..

Salam..

Ini adalah potret 'non-celebrity' ynag kedua yang saya telah lukis. Untuk potret ini, saya menghadapi sedikit masalah untuk melukis bahagian rambut dan topinya...Tapi, last sekali, inilah hasilnya...Harap tuan empunya badan akan berpuas hati dengan hasil ini...



Semasa membuat lakaran...


Separuh siap...


Siap!


Please comment!

Potret Nurul Fatin

Salam...

Ini adalah potret anak saudara saya, Nurul Fatin, yang berumur 13 tahun. Ini adalah kali pertama saya cuba melukis potret 'non-celebrity'..Masih ada kekurangan rasanya, tetapi saya sudah buat yang termampu...Potret ini akan saya bingkaikan dan diberikan hadiah untuk anak saudara saya untuk hadiah hari jadinya nanti...Harap dia suka! :-)

Tolong komen yer...



Masa awal lakaran...



Siapp!

Monday, August 10, 2009

Potret Selebriti Untuk Dijual...

Salam...

Untuk makluman tuan/puan sekalian, semua potret selebriti (selain daripada Potret daripada Zaman Terlampau) yang dipaparkan di dalam blog ini adalah untuk dijual...Semua potret dilukis dengan pensel di atas kertas lukisan yang bersaiz standard...
Saya juga menerima tempahan sekiranya anda mahukan portret anda sendiri/kawan2/suami/isteri/anak2 dll...saya juga megambil tempahan untuk melukis selebriti...
Untuk pertanyaan lanjut, sila emel saya neoplanet9@yahoo.com ...

TQ...

Sunday, August 9, 2009

Kate and Sawyer

Salam...

Okey, potret seterusnya nie adalah potret Kate n Sawyer daripada citer 'Lost'...korang tau tak citer nie...? Actually, saya lukis potret nie untuk 'take-part' dalam satu contest yang diajurkan oleh Deviant Art (online) yang bertajuk "Couples & Duos"... sebab itulah saya memilih gambar yang agak 'intim' ini...

Potret ini juga agak sukar untuk dilukis...terutamnya di bahagian rambut...but I gave all that I've got and hasilnya macam nie lah...hope u like it...



Semasa awal lakaran...



Separuh siap...


Siappp!

Gone With The Wind

Salam...

Okey, gambar seterusnya diambil daripada filem "Gone With The Wind" lakonan Clark Gable sebagai heronya dan 'ntah-apa-namanya' sebagai Scarlett O' Hara. Saya pernah membaca novelnya dan juga menonto filemnya..Ini adalah di antara filem epik/klasik Barat pada zaman dulu2...ntah korang pernah tengok tak cite nie..

Anyway, saya tertarik untuk melukis gambar yang memperlihatkan percintaan di antara kedua pasangan ini...gambar ini juga membantu saya untuk 'practice' melukis bahagian rambut ...kerana elemen rambut agak sukar untuk dilukis di dalam potret hitam-putih...demi untuk menjadikannya realistik..

Ok, so inilah gambarnya...please comment...



Semasa awal lakaran...



Siappp!

Jensen Ackles

Salam...

Okey, hari seterusnya...

Saya semakin bersemangat untuk melukis potret...lalu saya mengambil Jensen Ackles (actor from Supernatural TV series) sebagai model saya...dan inilah hasilnya...
Sila beri komen...tq


Masa awal lakaran...



Separuh siap...




Siapp daa!

Saturday, August 8, 2009

Enrique Inglesias

Salam...

Ntah bagaimana, sekarang ni jari-jemari terasa gatal nak melukis pulak...dah la hampir 15 tahun tak melukis...tetapi kerana didesak oleh minat, saya beranikan juga untuk melukis potret..Untuk potret pertama setelah sekian lama....saya memilh selebriti Enrique Inglesias. Saya memang minat kat penyanyi nie, dan "it's an honor to draw his potrait"...So, saya mulakan tugas...

Setelah 2 hari melukis, akhirnya potret Enrique Inglesias pun siappp....Walaupun begitu, saya merasakan masih ada kekurangan pada potret tersebut...Tetapi, saya tidak tahu apa yang kurangnya...Anda tentukan sendiri dan saya amat menghargai sebarang komen mengenai lukisan saya...Ini potretnya...

Koleksi Potret Zaman TerLampau...:-D

Assalamualaikum,

Mengimbas kembali, saya mula menghasilkan potret ini semasa di bangku sekolah lagi apabila seorang guru pendidikan seni mengajar kami semua tentang teknik-teknik melakar potret. Sejak daripada itu, saya bertambah minat atau 'obsessed' dengan melukis potret. Saya masih menyimpan beberapa potret selebriti terkenal yang dilukis pada ketika itu (walaupun gambarnya agak kabur). Sekarang ini, dengan bantuan teknologi canggih Internet, saya berpeluang untuk mengabadikan koleksi potret-potret (yang dilukis semasa saya di tingkatan 4) di dalam blog ini untuk tatapan saya dan juga anda semua...




Brad Pitt - gambar sudah tidak begitu jelas sebab dah berbelas-belas tahun..:-)
(jika gambar "missing", sila emel saya -->neoplanet9@yahoo.com)





Keanu Reeves - (jika gambar "missing", sila emel saya -->neoplanet9@yahoo.com)




Pierce Brosnan - (jika gambar "missing", sila emel saya -->neoplanet9@yahoo.com)






Tom Cruise - (jika gambar "missing", sila emel saya -->neoplanet9@yahoo.com)

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.