Tuesday, March 29, 2011

Barang hantaran untuk majlis pertunangan

Salam,

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).




Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang2 yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan…:-)

Satu lagi, sebelum memilih barang-barang hantaran, you all kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. So, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

1. Sirih junjung
2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
5. Sejadah





6. Tuala

7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb

8. Coklat atau manisan lain

9. Kek

10. Potpourri

11. Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2. Tepak sirih
3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4. Telekung sembahyang
5. Kek
6. Buah
7. Coklat atau manisan lain
8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb











Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.