Saturday, March 26, 2011

Blog Motivasi, Inspirasi dan Teladan



Kadang-kadang seseorang itu akan merasa murung tatkala dirundung masalah atau sebarang dugaan yang datang melanda. Pada waktu itu juga pelbagai emosi negatif akan bermain-main di minda dan jiwa: sedih, kecewa, marah, putus asa, kesal, putus harapan dsb lagi. Pada saat ini, seseorang itu pasti memerlukan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat untuk memulihkan kembali kekuatan jiwa dengan penerapan sikap optimis, keyakinan yang tinggi serta sikap tidak putus asa dalam diri sendiri.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, secara ringkasnya perkataan inspirasi bermaksud ilham atau bisikan; motivasi bermaksud keinginan keras atau semangat kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha mencapai kejayaan; manakala teladan memberi maksud contoh atau perbuatan yang patut diikut untuk menjadi insan yang lebih baik. Justeru boleh dikatakan bahawa ketiga-tiga perkataan inspirasi, motivasi dan teladan (IMT) ini adalah sangat penting di dalam hidup seseorang. Ia harus hadir di dalam diri seseorang untuk dijadikan sebagai pendorong atau kekuatan untuknya melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Jika minda kita sentiasa disalurkan dengan elemen IMT yang positif, tidak mustahil apa jua impian boleh menjadi kenyataan.

Justeru blog Motivasi, Inspirasi dan Teladan ini dihasilkan untuk menyajikan kisah-kisah pendek yang sarat dengan elemen IMT. Ianya mengandungi kisah-kisah yang mampu untuk melahirkan kekuatan jiwa dengan menerapkan sikap optimistik dalam diri seseorang. Ia juga diharapkan dapat membina kekuatan jiwa dan seterusnya menggalakkan para pembaca untuk kekal positif apabila menghadapi dugaan serta masa-masa yang mencabar di dalam hidup. Di harap cerita-cerita yang terkandung di dalam blog ini akan mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang dikurniakan dan menyedarkan kita bahawa setiap hari yang dilalui adalah amat berharga.

Jika anda mahu berkongsi cerita atau pengalaman peribadi, anda amat dialu-alukan untuk berbuat demikian. Anda boleh hubungi kami di transwrite@gmail.com atau neoplanet9@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.