Monday, April 19, 2010

10 kesilapan yang dilakukan pengantin baru dan bagaimana mengatasinya

Pertama: Kurang percaya pada pasangan

Inilah ‘duri’ dalam hubungan suami isteri sebenarnya. Kalu sifat saling mempercayai nie takde dalam rumahtangga you all, maka akan wujudlah prasangka dan syak wasangka yg bukan2 terhadap pasangan korang. Nie satu keadaan yg bahaya, lebih2 lagi jika korang berdua baru jer kawin.

Cara atasi: Kepercayaan adalah penting. Jangan berprasangka buruk pada pasangan korang. Pupuk sikap saling percaya antara satu sama lain dan berterus teranglah dengan pasangan anda tentang ketidakyakinan anda tentang dirinya!

Kedua: Tidak jaga penampilan diri

Sebelum kawin, wanita sememangnya obses dengan penampilan diri, khususnya tentang berat badan. Tapi lepas kawin, ntah ngapa, sesetengah mereka nie dah malas nak amik tau pasal penampilan diri. Ye lah, kan dah jumpe pasangan hidup? Watpe nak jaga ‘body’ lagi, kan? Oopss…jangan mare sbb suami pun tak terkecuali dalam hal nie. Apa2pun, penampilan diri yang mantap, sihat dan ceria amat penting di dalam hubungan suami isteri.

Cara atasi: Bagi semangat kepada pasangan untuk berubah. Bantu pasangan kembali ‘fit’ dengan memberi motivasi, support dan bukannya mengkritik, yer.

Ketiga: Berlagak seperti masih bujang

Janganlah menipu diri sekarang dan orang lain! Kalu dah kawin tue, mengaku ajer la, apa nak malu? Dulu ko bujang, skang dah kawin. Dulu ko sunyi, skang dah ader orang tunggu ko kat rumah. Selepas kawin, sikap nie kena la buang jauh2, betul tak? So, do the right thing..

Cara atasi: Bersikap matang dan hormati pasangan anda. Bersikaplah seperti orang yang dah berkawin dan jangan lukakan hati pasangan anda!

Keempat: Mengasingkan diri dari kawan2

Biasalah…pas kawin korang mesti asik nak berkepit dengan pasangan jer, kan? Ada orang lain nanti kan kacau daun plak? :-) Walaupun begitu, cuba jangan sisihkan kengkawan yg lain. Sebab kengkawan yang baik nie boleh tolong kita waktu senang dan susah.

Cara atasi: Berinteraksi seperti biasa dengan kengkawan. Korang bleh pi minum atau keluar dengan mereka (tanpa pasangan anda) macam biasa. Tak yah la bagi alasan mentang2 la ko dah kawin, isteri/suami tak bagi keluar rumah ke, hapa ker…Sebab walaupun dah kawin, kawan jugak penting dalam hidup nie!

Kelima: Masalah dengan keluarga mentua

Jika dapat mentua yang sukakan anda dan sporting giler, anda dah kire bernasib baik la tu. Tapi kalau dapat mentua yang tak brape nak sukakan diri korang, well… jangan musuhi mereka. Nanti akan timbul masalah besar di antara anda dan pasangan anda.

Cara atasi: Sentiasa bersikap baik pada mentua. Cuba hormati mereka cam anda hormat ibu bapak anda. Walaupun ada perselisihan paham, cuba atasinya dan jangan terlalu amik ati dengan karenah orang tua. Jangan biar pasangan korang berasa kecewa dan tersekat di tengah2 perselisihan antara ko dan mentua.

Keenam: Kerap bergaduh

Sesudah berkongsi rumah (dan bende2 lain) antara suami isteri, maka bermacam2 perangai la yang akan timbul. Ada isteri yang suka membebel, ada suami/isteri yang pemalas, ada suami yang kuat berdengkur sampai si isteri takleh tido lena….dan bermacam2 lagi la… Secara tak langsung, bende2 nie semer akan mencetuskan perbalahan di antara suami isteri. Kalu tak sabar, bende kecik pun boleh jadi besar!

Cara atasi: Ingatlah bahawa bukan semer orang itu perfect. Semer orang ada kebaikan dan kekurangan masing2. Cuba bersifat tenang, sabar dan jangan cepat melatah. Kalu perkara tue kecik jer, pandang sebelah mata je la, kalu hal besar plak, bawak2lah berbincang secara baik….Kalau rasa nak marah, cuba kuar rumah jap daripada mengeluarkan kata2 berbisa yang buleh memudaratkan rumah tangga anda!



Ketujuh: Tidak merancang perbelanjaan

Setelah mendirikan rumahtangga, pengantin baru nie kerap kali terlupe untuk merancang perbelanjaan seharian. Merancang dengan baik dapat elakkan you all dari berhutang keliling pinggang. Satu lagi, berterus teranglah dengan pasangan anda tentang hutang2 yang ada, sebaik2nya seblum korang mendirikan mahligai. Sememangnya pasangan anda ada hak untuk tau…!

Cara atasi: Buat list perbelanjaan untuk seisi rumah bagi setiap bulan. Kalu berhutang, try bayar sikit2 pun jadi la, asalkan ia tak melambung lagi tinggi:-). Lepas kawin tue, berbincanglah dengan pasangan anda tentang cara2 untuk mengurangkan hutang2 yang ada. Uruslah kewangan anda secara bijak, ya!

Kelapan: Cuba ubah pasangan anda

Anda kena ingat yang anda telah berkahwin dengan orang yang anda kasihi dan sayangi. So, takde sebab kenape korang perlu mengubah perangai si dia setelah hidup sebumbung.

Cara atasi: Terimalah si dia dengan seadanya. Si dia mungkin tak brape perfect, tapi begitu juga dengan diri kite nie. Jika korang cuba gak untuk ubah pasangan korang, ini hanya akan membuatkan si dia ‘terasa hati’. Tapi, kalu ada sikap si dia yang korang ingin ubah (spt. berhenti merokok dsb.), tegurlah secara lembut dan jangan memaksa, okey?

Kesembilan: Kuat cemburu!

Prasaan cemburu memang ada dalam diri setiap orang. Biasanya wanitalah yang lebih kerap kali cemburu berbanding lelaki. Tengok jer laki korang berjalan dengan pompuan lain, cakap dengan pompuan lain ker, mesti darah naik mendidih. Lelaki pun apa kurangnya, kan? Tapi, anda sebenarnya kena elakkan daripada perasaan cemburu buta nie kerana kite dah pilih pasangan kita, so kite kenalah saling caya-mempercayai, btul tak?

Cara atasi: Satu perkataan jer – trust. Kepercayaan tue penting dalam melayari bahtera rumahtangga. Setiap pasangan jugak haruslah berterus terang antara satu sama lain, dan jangan nak main serkap jarang jer. Elakkan daripada membaca sms pasangan anda atau menyelongkar barang2 peribadinya disebabkan oleh perasaan jeles korang tue. Sikap cemburu nie hanya akan menghancurkan rumahtangga korang jer! So, be positive and trust your partner!



Kesepuluh: Obses untuk dapatkan zuriat

Lepas kawin, memang dah naluri semer pasangan nakkan zuriat. Kalu dah nasibnya baik, tup tup pas kawin jer korang akan terus hamil (bunting pelamin la katakan). Tapi kalu sebaliknya yang berlaku, jangan pulak korang menyalahkan pasangan korang. Dah rezki Tuhan yang bagi. Bersabar ajer la…jangan terlalu obses untuk dapatkan anak sehinggakan menganggu keharmonian rumah tangga korang…

Cara atasi: Nikmati lah saat2 indah di antara korang berdua, sebelum korang kena bangun tgh2 malam buta kerana baby tak leh tido:-) Fokus pada hubungan sedia ada dan tunggu jer rezki daripada Tuhan. Jangan terlalu obses untuk menimang cahayamata. Itu kerja Tuhan dan bersabar je lah dengan segala dugaan yang bakal melanda serta sentiasa berikan sokongan padu utk pasangan anda.

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.