Sebaik saje diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah, maka persiapkanlah diri you all untuk menggalas tanggungjawab baru dalam menempuh alam rumahtangga. Di antara tanggungjawab tue ialah camna nak ‘tackle’ hati keluarga ‘baru’ atau keluarga mentua korang. Komunikasi yang baik dengan keluarga mentua boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga korang supaya berpanjangan dan hingga ke akhir hayat. So, ikutilah tips2 berguna di bawah nie yer:
1. Pendamkan saje rasa kecewa atau amarah jika tidak berpuas hati dengan keluarga mentua.
2. Tunjukkan kegembiraan dengan kunjungan mereka. Berikan layanan yang baik dan mesra ketika mereka datang ke rumah. Jangan pulak bila mentua datang ke rumah, terus ko suruh dia buat kijer rumah. Tak baik tau…
3.Menghargai sebarang pemberian daripada mentua. Jangan harapkan mereka berikan sesuatu yang mewah atau mahal pulak. Bukan semua mentua tue kaya raya …:-) So, jangan tarik muka masam pulak kalu mentua korang hanya mampu berikan sehelai kain batik untuk menantunya. Dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih :-)
4. Bersangka baik dengan mentua dan berikan respons yang positif walaupun berbeza pendapat dengan mentua.
5. Menziarah keluarga mentua jika ada masa. Walau sesibuk manapun korang, luangkan sedikit masa untuk menjenguk keluarga mentua atau ipar-duai demi mengeratkan silaturrahim. Anggap mereka cam keluarga you all sendiri.
6. Layan dan jaga hati mentua dengan baik. Jangan bercakap kasar atau menyinggung hati mereka kerana berkat dan doa mereka akan menjamin kebahagiaan rumahtangga you all kelak.
7. Jika tau mentua korang sedang hadapi masalah, hulurkan bantuan sekadar termampu. Jangan pulak you all pi menyibuk dengan urusan mereka terutama dalam soal kewangan atau pengurusan harta benda… :-)
8. Dan yang paling penting, elakkan sebarang pergaduhan dengan mentua. Pergaduhan dengan keluarga mentua hanya akan berakhir dengan pertengkaran korang laki bini.
No comments:
Post a Comment