Selamat bertemu kembali! Harap-harapnya ada yang telah mempraktikkan tips-tips yang telah diberikan pada artikel Tips memikat hati isteri – Part 1 yang lepas. Jika anda terhibur dengan artikel tue, ni dia sambungannya. Enjoy….!
1. Faham maksud tersirat – ‘ada udang di sebalik mee’…Haa…ini yang bahaya nie. Kadang-kadang, wanita cakap lain tapi buat lain. Senario nie BIASA sangat berlaku pada pasangan suami isteri. Kalau kita dah dapat yang sehati sejiwa takpelah, segala gerak geri kita si dia akan dapat detect. Tapi, kalau dapat pasangan yang tidak sehaluan, gerenti pergaduhan akan kerap berlaku disebabkan oleh miscommunication. Di sinilah kita kena paham maksud yang tersirat.
Contoh situasi:
Suami: “Aikk, tadi masa jalan jem awak kata takpela kalau tak boleh singgah KLCC. Nape muncung panjang lak tu?”
Isteri: “Ala abang nie, tak nak tue maksudnya nak lah…. ishh, takkan tak tau yang ayang dah lama kepingin nak tengok ikan-ikan kat Aquaria tu? Abang nie, tak paham-paham lagi…”
Suami: (Dalam hati) tengok ikan kena siang kat pasar borong pun lagik bagus! “Kenape tak cakap awal-awal? Okla…okla, jom kita pi”.
2. Bercakap dengan nada lembut – memang dah menjadi naluri setiap wanita yang tak suka suaminya meninggikan suara (tapi kalau dah terpaksa, nak buat camna, kan?). Jadi, kalau ada masalah atau isteri buat salah ke, kalau boleh si suami harus bersabar dan cakaplah dengan lembut. Jangan terus tengking atau marah tak tentu pasal. Fakta pun menunjukkan yang suara yang lembut dan tenang itu dapat memberikan efek yang positif pada diri seseorang. So, apa lagi wahai lelaki-lelaki yang macho sekalian… belajarlah bercakap dengan lembut supaya dapat memikat hati isteri anda! (Amaran: Jangan praktikkan tips nie pada lelaki pulak tau!)
Contoh situasi:
Isteri: (tengah merajuk…) “Apalah abang nie, sikit-sikit nak tinggikan suara. Ayang cuma lupa nak masukkan belacan dalam kuah nie jer…bukannya pegi ikut lelaki lain…!”
Suami: “DAH TU? BUKAN AYANG TAK TAU YANG ABANG MEMANG DARI DULU SUKA MAKAN BELACAN! KALAU TAKDE BELACAN, TAK BEST! PAHAM?!” (aikkk! macam dialog dalam scene ‘Bujang Lapok’ jer?? :-))
Isteri: “Habis tu? Takkan nak makan belacan hari-hari? Nanti naik jerawat muka abang tuh… Kalau iye pun, takleh tegur lembut-lembut sikit ke? Kalau camnilah perangai abang, dari hari ini, abang masak sendirilah…”
(Sudah…tak ke si suami plak yang kena bahananya kalau menengking isteri…? Cuba anda pikir…)
3. Belai isteri dengan manja – Wanita nie mempunyai jiwa yang lembut…suka dimanja dan dibelai. Tak kira la muda ke tua ke, masing-masing suka sangat kalau suami beri perhatian pada mereka. Biasanya, semasa tengah hangat bercinta, lelaki kerap berbuat demikian. Tapi, selepas kawin… lain plak yang jadinya…
Contoh situasi:
Isteri: “Yang..yang, bahu I rasa lenguhla. Banyak sangat buat housework kot…apa kata abang tolong picit? Macam dulu-dulu…”
Suami: “Sorila yang…sekarang nie abang dah tua. Tengok muscle abg nie… dah kendur …hehe:-) Dah tak larat daa…. ayang urutlah dengan hand massager yang abg beli tu, yer…”
Isteri: (duk ngomel dalam hati – ala…semalam duk tolong angkat perabot jiran baru boleh plak!)
(Kalau tak larat nak urut pun, gosok-gosok pun takpe, kan?)
4. Dengar luahan hati isteri - Pada siapa lagi laa si isteri nak luahkan perasaannya kalau bukan pada si suami? Dalam kehidupan berumahtangga ni, suami adalah tempat bergantung bagi isteri (ingat tue…). Kadang-kadang, lepas kawin, kebanyakan suami buat dek jer kalau isteri tengah bercakap. Langsung tak ambik kisah. Silap-silap, dia kata isterinya tengah duk membebel. Jangan macam tue..dengar betul-betul apa isteri nak kata dan kalau boleh bagilah nasihat atau pertolongan…(kalau perlu). Nescaya isteri akan berasa lebih sayang kat anda…:-)
Contoh situasi:
Isteri: “Yang, sejak abang buat keje overtime nie, ayang rasa sunyi jer duk rumah sensorang. Kengkadang abang balik kul 12 tengah malam. Makan malam pun tak tersentuh…time tu ayang pun dah tido mati. Pagi-pagi plak pukul 6 abang dah pegi keje. Tengahari pun abang tak balik makan. Jarang kita dapat bersembang macam dulu kan, yang? Abang tak rasa camtu ke?
Suami: (yang tengah duk syok tengok bola sepak kat tv) “…Hmm…hmm…”
Isteri: “Bang, dengar tak apa yang ayang cakap nie?”
Suami: “Ha? Apa?…Ye…yer…dengar yang. Nanti…nanti abang pegi buang sampah tu. Kejap, abang nak tengok bola ni dulu, ye yang….?”
Isteri: (berkata dalam hati – laki aku nie pekak ke hapa…?)
(Wahai suami, jangan biarkan isterimu terus bercakap dengan dinding…)
Oklah, harap anda terhibur dengan kupasan artikel kali nie. Sebenarnya, bukan niat nak mengata kaum lelaki (kerana ada jugak wanita yang berperangai camtu), tapi just sekadar teguran atau nasihat tentang cara nak memikat atau menambat hati isteri. Dengan itu, taklah kehidupan berumahtangga anda akan jadi suram dan penuh bermasalah! Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment