...dimuatkan dengan cerita-cerita motivasi, inspirasi dan teladan untuk kekuatan diri dan ketenangan jiwa dan ...
Thursday, April 1, 2010
Suami buat kerja rumah…?
Sara selalu balik kije lewat. Maklumlah kije swasta, sibuk memanjang. Lagipun ofis jauh dari rumah. Biasanya suaminya akan sampai ke rumah dulu daripadanya. Pada satu hari tue, dia rasa amat letih bila sampai ke rumah. Bukak jer pintu, dia tengok keadaan rumah tunggang langgang cam dilanggar todak. Baju-baju bersepah, barang-barang mainan anak berterabur di sana sini dan pinggan mangkuk pun dah tak terbasuh dari semalam. Si suami pula sedang nyenyak tidur di atas sofa.
Memanglah ni situasi yang kerap kali Sara tempuhi bila balik kije, dan diapun tau bahawa memang menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga urusan rumah. Tapi, kalau dah dua-dua kije, siapa yang larat nak buat kije rumah? Jadi, kerap kali Sara rasa tertekan dan kecik ati dengan sikap suami kesayangannya itu.
Kemudian, ntah camna, Si Sara dan dan suaminya telah bawak berbincang dan terjadilah satu perjanjian antara diorang berdua. Si suami telah bersetuju untuk pilih satu hari (dalam seminggu) di mana dia rela membuat segala kije di rumah, termasuklah basuh baju, siram pokok, memasak, basuh pinggan dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerja rumah. Sementara Sara pula boleh free satu hari dari membuat sebarang housework. Dia boleh pegi spa atau tido sepanjang hari. Sounds nice, isn’t it?
Tapi yang jadi masalahnya plak, tiba je hari si suami nie buat kerja rumahnya, pinggan mangkuk pun boleh pecah, basuh baju plak yang kaler putih boleh tukar jadi hitam, masak nasi – nasi hangit, pokok yang sebelum nie segar bugar boleh terkulai layu…. dan macam-macam lagilah yang berlaku…:-)
Well, moral of the story, laki Sara nie memang tak leh buat kerja rumah… huhu…:-) Ok, seriusly, walau apapun bencana yang berlaku, kita tetap tak leh salahkan kaum lelaki, betul tak? Sebab mereka memang tak dilatih untuk buat kije rumah dari kecik. Tapi, mereka boleh tolong dengan kurangkan beban isteri kesayangan. (Sikit pun jadi lah, nak harapkan buat semua memang tak lah kan, kalau dah seumur hidup tak pernah buat keje rumah, nanti lintang pukang plak jadi nye)
Namun, ada beberapa bende (simple) yang suami boleh buat untuk kurangkan beban isteri:
1. Cuba tolong siapkan bahan-bahan untuk memasak. Tak masak pun takper, just tolong siapkan jer. Isteri masak, suami prepare.
2. Tolong kemaskan meja makan lepas makan sementara isteri basuh pinggan (atau sebaliknya).
3. At least tolong kemas2kan bilik tidur dan ruang tamu.
4. Tolong ‘separate’kan baju kotor, putih dgn putih dan kaler dgn yang kaler. So senang nanti isteri nak basuh.
5. Isteri basuh baju, suami tolong sidai.
Semua di atas adalah bende-bende simple yang boleh dibuat setiap hari. Tak logikla kan kalau paksa suami buat kije rumah dalam satu hari. Kan jadi kes dera suami plak kan…huhu…:-) So, kepada si isteri jangan nak paksa2 sangat, kepada si suami kalau ko nak rilek jer tak nak buat keje langsung tak payah jadi suami, gi duduk jer dgn mak ko:-p
Ok, harapnya takde sape yang ambik hati plak. Baca dengan minda terbuka, yer? Kalau sayang bini, tolonglah bini sekali-sekala. Kalau sayang laki, jangan paksa suami buat macam-macam. End of story.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">
Meta Tag Analyzer Tool
|
No comments:
Post a Comment