Sunday, April 4, 2010

Kenapa lelaki suka bertukar teman?


Biasanya terdapat banyak gelaran untuk lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanita nie. Antaranya ialah buaya darat, kasanova, playboy, lelaki hidung belang dan macam2 istilah lagilah. Biasanya, si gadislah yang akan ‘terseksa’ jika bertemu dengan jejaka jenis ini. Namun, pernah tak you all selami hati jejaka yang cenderung untuk melakukan perkara demikian? Kenapa dia sanggup lukakan hati semua gadis yang pernah menjadi teman wanitanya?

Actually, lelaki jenis ini agak sukar untuk mencari gadis yang benar-benar menjadi pilihan hatinya, maka dia akan lebih cenderung untuk memutuskan hubungan dengan mereka. Jom kita baca detailnya di bawah:

1) Takut dengan komitmen

- komitmen adalah suatu yang penting yg mungkin akan menjurus kepada sebuah perkahwinan. Lelaki nie pulak …. bleh dikatakan bukan semuanya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Mungkin mereka rase yang terlalu banyak bende lain lagi yang perlu disettlekan dalam hidup nie. Mungkin jugak mereka rasa belum mampu untuk menggalas tanggungjawab yang besar tue. So, maybe perkahwinan adalah perkara yang last skali di dalam list diorang.

2) Cepat berasa bosan

- ada sesetengah lelaki yang cepat betul berasa bosan. Masa nak tackle gadis yang dia minat, bukan main seronok lagi. Macam permainan ‘cat & mouse’ gitu :-p … Tapi bila dah dapat, ehem2…lain pulak ceritanyer… Iyelah, bende yang sudah ada dalam tangan, kan? Buat apa lagi nak bersusah payah untuk menawan hatinya, kan? :-)

3) Sentiasa inginkan cabaran baru

- yang nie berbalik kepada no.2 di atas. Selepas lelaki dah berjaya ‘jerat’ si gadis nie, selepas beberapa lama, mulalah dia rasa inginkan cabaran baru. Mereka sukakan kelainan dan akan berusaha untuk mencari kelainan itu. Mungkin jika dia bertemu dengan seorang gadis yang versatile, yang sentiasa boleh berikan kelainan pada setiap masa, mungkin jugak si jejaka nie akan settle down akhirnya.

4) Sukakan kebebasan

- kebanyakan lelaki tidak suka diikat. Mereka sukakan kebebasan, contohnya untuk lepak bersama kawan2. They all rasa sebelum kahwin, mereka ada hak untuk bebas dan menikmati kehidupan bujang. Kalau dah ader girlfriend, tau2 je la …. wanita cepat jeles dan sukakan perhatian yang lebih. So, mungkin si girlfriend nie tak berapa suka kalau boyfriend diorang luangkan masa yang terlalu lama dengan kawan2.. ini juga mungkin menjadi salah satu sebab kenapa si jejaka akan putuskan hubungan dengan temannya.



p/s: Selepas nie, penulis perlu fikir cara bagaimana untuk ‘menjerat’ lelaki-lelaki jenis seperti di atas pulak :-) … Ada komen?

No comments:

Post a Comment

a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.