Sunday, April 4, 2010

Wanita dambakan perhatian


Sebagai wanita, kite tak boleh nafi yang kita nie memang sukakan perhatian. Dah sikap kita camtu, nak buat camne kan? Kalau kita pegi shopping ke, pegi kuliah ke, pegi pasar ke, diam-diam kita mesti rasa seronok kalau ada mata-mata (bukan mata-mata gelap tau) yang beri perhatian kat kita, betul tak? Ok, jadi kalau sebelum kawin lagi wanita sukakan perhatian, camne plak setelah berkahwin?

Lepas kawin, wanita lagilah dahagakan perhatian dari suami mereka. Tapi kesian, kerana banyak lelaki ingat yang lepas dia berjaya ‘mengikat’ kekasihnya secara kekal (kawin), tak payah dah dia nak bersusah-susah untuk ‘mengorat’ isterinya. Sebab dia tau yang si isteri telah menjadi miliknya yang hakiki.

Contohnya,

Sebelum kawin: (Sepasang kekasih tengah bersiar-siar di Putrajaya Waterfront apabila teman wanitanya dengan tak sengaja terlanggar tiang lampu kerana keadaan agak malap di situ).

Lelaki: “Sayang ok tak? Ada luka kat mana-mana? Biar abang gosokkan ye yang… Tiang nie memang betul-betul menyusahkan dan @#$$#@! Tak patut ada kat sini!”

Selepas kawin: (Sepasang suami isteri tengah bersiar-siar di Putrajaya Waterfront apabila isterinya dengan tak sengaja terlanggar tiang lampu kerana keadaan agak malap di situ).

Suami: “Apalah awak nie. Cuai sangat! Tiang besar macam batang pokok tu pun pun awak tak nampak… Ishh”

Apalah salah wanita sampai dilayan camni, kan? Kalau dulu, bukan main lagi… u jump, I follow. Lepas kawin jer, u jump, u jump sendirila…:-) Sepatutnya lepas kawin, suami lebih beri perhatian kat isteri, bukan ke gitu?

Bukan susah sangat pun nak tunjukkan yang kita sayang kat bini kite. Contohnya, masa isteri tengah berdiri ker, peluklah isteri dari belakang dengan mesra, dekatkan mulut kat telinga dia dan ucapkan, “Cak!” …:-)



Lagi satu, gurau2 la dengan bini selalu. Buatkan dia ketawa. Kalau dia ketawa, that means everything’s ok. Tapi, jangan plak masa serius pun ko nak bergurau. Silap2, merah pipi tu kan nanti kena penampo maut…

Dan puji-pujilah masakan bini anda selalu. Kalau sedap, kata sedap. Kalau tak sedap, kata sedap dan telan jer la… :-p.. air tangan bini berkat tuh…lagipun, isteri akan rasa kecik ati kalau kata makanannya tak sedap…:-)



Oklah, bukan nak suruh beri perhatian lebih2. Kang naik kepala plak jadinya. Just sekadar untuk ambik hatinya dan tunjuk yang kita sayang kat dia. Buat apa kawin kalau tak sayang bini, kan? Untuk tips berguna tentang bagaimana nak memikat hati isteri, baca artikel nie: Tips untuk memikat hati isteri – Part 1 dan Part 2.

No comments:

Post a Comment

a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.