Thursday, April 1, 2010

Kenali adat perkahwinan Melayu – updated

Salam,

Kepada semua pembaca budiman, ini adalah merupakan kesinambungan daripada artikel “Kenali adat perkahwinan Melayu” yg telah dipostkan tak lama dulu. Setelah membaca komen-komen membina daripada you all, kami telah dapat menambah sedikit info lagi berkenaan dengan topic nie… Selamat membaca!

Adat Majlis Berinai

Pada zaman sekarang nie, majlis berinai sudah jarang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Yelah, sekarang nie semua orang nak proses yang simple jer. Jika majlis berinai tidak diadakan, pengantin perempuan hanya akan diinai oleh saudara mara mereka di rumah. Selain tue, ada juga sesetengah mereka yang prefer mendapatkan khidmat berinai di spa atau salun-salun kecantikan, beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Berinai tue bukanlah sesuatu yang wajib. Namun demikian, selain menaikkan lagi seri pengantin perempuan di hari perkahwinan, tanda berinai merah di jari juga menunjukkan bahawa seseorang itu baru ajer berkahwin. Selain pengantin perempuan, pengantin lelaki juga kadang2 terlibat di dalam majlis berinai nie.

Di dalam adat resam Melayu, majlis berinai terbahagi kepada 3 peringkat:-

1. *Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja
2. *Berinai kecil - diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk para saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai
3. *Berinai besar - diadakan satu malam sebelum hari langsung untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Biasanya ia dilakukan selepas upacara akad nikah

* Dipetik daripada sumber http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm

Tahu tak camna nak buat bancuhan inai? Bahan penting yang diperlukan ialah daun inai, arang, gambir, dan perahan air limau kasturi. Campurkan kesemua bahan-bahan nie kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas tue, bolehlah dipakaikan pada jari tangan dan kaki, tapak tangan atau di sekeiling takap kaki pengantin perempuan selama beberapa jam. Ini adalah ramuan inai asli, so gerenti hasilnya nanti akan membuatkan jari-jemari anda merah menyala-nyala…huhu…:-D



Adat Sambut Menantu

Juga dikenali sebagai amalan bertandang di mana sesudah berlangsungnya perkahwinan, pengantin perempuan pula akan dijemput untuk bertandang ke rumah keluarga suaminya. Keluarga sebelah lelaki akan menjemput sanak saudara terdekat dan mengadakan majlis kenduri di rumah mereka. Mengikut kelaziman, ianya boleh dibuat sehari selepas atau seminggu selepas ‘wedding day’. Tetapi, kena ikut keadaan dan kesesuaian la…kerana ada juga sesetengah orang yang melakukannya beberapa bulan selepas berkahwin kerana ‘time constraint’ atau kekurangan masa. Majlis ini boleh diadakan secara meriah ataupun ala kadar jer, bergantung kepada pihak keluarga lelaki

Sekian, terima kasih.

p/s: Jika anda minat membaca artikel ini, silalah jadi fans blog ini yer...tengkiu!

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.