Wednesday, April 14, 2010

Tarikh sesuai melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2010


Tarikh perkahwinan tue adalah antara aspek yang terpenting di dalam sesuatu perkahwinan dan seelok-eloknya ia ditetapkan awal-awal supaya segala urusan perkahwinan dapat dijalankan dengan lancar. Khas untuk tahun 2010 nie, mungkin ada sesetengah bakal pengantin yang gemar memilih tarikh-tarikh yang unik dan ‘cantik’ umpamanya 02-01-2010 (yang nie dah lepas daa…:-)) ataupun 20-10-2010… Ini tidak mendatangkan sebarang masalah kerana dalam soal memilih tarikh perkahwinan, Islam tidak melarang perkara baik ini dilakukan dalam mana-mana bulan ataupun hari.

Perkahwinan itu adalah suatu tuntutan agama, oleh itu mereka yang melangsungkan perkahwinan adalah diredhai oleh Allah s.w.t. Walaupun begitu, dalam ketujuh-tujuh hari dalam seminggu, hari Jumaat dikatakan hari yang paling baik untuk melangsungkan perkahwinan. Eh tapi jangan silap faham pulak… bukan nak kata hari lain selain hari Jumaat tue hari yang tak baik… Namun mungkin disebabkan hari Jumaat tue penghulu segala hari, so ramai orang menganggap eloklah kalau majlis akad nikah dilangsungkan pada hari demikian.

Dari segi tarikhnya pulak, menurut pandangan Imam Jaafar As-Sodiq a.s., hari yang baik untuk berkahwin adalah pada 4hb, 6hb, 23hb dan 30hb pada setiap bulan. Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar rujukan dan tak boleh dijadikan asas untuk merancang tarikh perkahwinan pilihan anda.

Satu lagi tarikh perkahwinan yang menjadi kesukaan atau pilihan majoriti bakal2 pengantin adalah semasa cuti sekolah :-). Apa tidaknya, kerana time nielah kebanyakan sanak saudara yang duduk jauh-jauh ambik peluang untuk balik kampung. Anak2 pun dah cuti, mak bapak pun nak cuti gak… :-p So, kalau majlis perkahwinan dibuat dalam tempoh tersebut, ia akan dapat dihadiri oleh saudara mara atau sahabat handai yang jauh. Untuk kemudahan korang semua, di bawah nie merupakan panduan tarikh cuti sekolah bagi tahun 2010.

* Kumpulan A:

1. Cuti Pertengahan Penggal – 12.03.2010 hingga 20.03.2010 (9 hari)
2. Cuti Pertengahan Tahun (Sem I) – 04.06.2010 hingga 19.06.2010 (16 hari)
3. Cuti Pertengahan Tahun (Sem II) – 03.09.2010 hingga 11.09.2010 (9 hari)
4. Cuti Akhir Tahun – 19.11.2010 hingga 01.01.2011 (44 hari)

Kumpulan B:

1. Cuti Pertengahan Penggal – 13.03.2010 hingga 21.03.2010 (9 hari)
2. Cuti Pertengahan Tahun (Sem I) – 05.06.2010 hingga 20.06.2010 (16 hari)
3. Cuti Pertengahan Tahun (Sem II) – 04.09.2010 hingga 12.09.2010 (9 hari)
4. Cuti Akhir Tahun – 20.11.2010 hingga 02.01.2011 (44 hari)

* Kumpulan A terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Negeri-negeri lain termasuk dalam Kumpulan B. Harap maklum.

Selain daripada tarikh cuti sekolah, tarikh cuti umum atau hari kelepasan am juga menjadi pilihan bagi bakal2 pengantin melangsungkan perkahwinan mereka. Misalnya semasa cuti Hari Raya Aidifiltri, Aidil Adha, Deepavali dan Hari Krismas. Gerenti ramai yang akan balik kampung time nie… huhu..

Penulis dah tak larat nak tulis semua hari kelepasan am untuk tahun 2010 nie di sini, so kalau you all interested nak tau, just click link nie untuk melihat Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2010. Harapnya segala info yang ditulis di sini dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam merancang tarikh perkahwinan yang sesuai nanti..:-)

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.