Thursday, March 25, 2010

4 Venue Perkahwinan yang Ideal

Apabila nak merancang sesuatu majlis perkahwinan, satu perkara penting yang sering kite fikirkan adalah dari segi venue atau lokasinya. Lokasi nie penting supaya majlis perkahwinan anda akan nampak cantik, meriah dan elegen. Di Malaysia nie, lazimnya sesuatu majlis perkahwinan itu akan dilakukan di perkarangan rumah sendiri, di dewan, di hotel ataupun di taman (garden wedding).

Rumah sendiri



Secara majoritinya, orang akan beranggapan yang rumah sendirilah adalah lokasi yang paling ideal untuk melangsungkan perkahwinan. Sudah tentulah pasangan bakal pengantin akan lebih selesa di rumah sendiri, betul tak? Kalau persekitaran rumah anda agak besar dan luas, majlis perkahwinan akan lebih mudah untuk diuruskan. Bajet perkahwinan anda jugak akan dapat dikurangkan kerana kebanyakan kenduri yang diadakan di rumah adalah secara gotong-royong (sesame sedara sendiri atau orang2 kampung).

Dewan

Mengikut kebiasaan, mereka yang tinggal di flet ataupun apartment lebih cenderung untuk mengadakan majlis perkahwinan di dalam dewan. Ini kerana mungkin rumah mereka tidak ada space yang cukup luas untuk menempatkan pelamin serta kelengkapan perkahwinan yang lain. Namun, ramai jugak golongan lain yang memilih lokasi dewan sebagai venue perkahwinan mereka. Ini kerana persekitaran dewan yang cukup besar dan luas mampu memuatkan beratus ataupun beribu orang untuk sesebuah majlis.

Kos untuk menyewa sesebuah dewan jugak ada yang murah dan ada yang mahal… semernya bergantung kepada ciri2 kecanggihan dewan itu. Ada jugak dewan yang mengenakan caj sampai RM300 sejam! Pandai2lah korang pilih yer… Antara dewan popular yang biasa dijadikan venue untuk majlis perkahwinan adalah seperti Dewan Presint 8 (Putrajaya), Dewan Masjid Wilayah Persekutuan (Jalan Duta), Dewan Orang Ramai Dato’ Keramat (Bdr Tun Abd Razak), Dewan Komuniti (Taman Tun Dr. Ismail) dan banyak lagi la… Rata2nya, perkahwinan di dalam dewan juga boleh menjadi suatu event yang penuh gilang-gemilang dan meriah…



Hotel

Majlis perkahwinan di hotel adalah impian untuk setiap pasangan pengantin yang mempunyai bajet yang agak besar. Perkahwinan adalah suatu majlis yang biasanya diadakan sekali seumur hidup, dan apa salahnya jika kita berbelanja lebih sikit untuknya? Skang nie, banyak hotel2 menawarkan pakej perkahwinan lengkap di hotel mereka. Korang hanya perlu survey dan mintak quotationnya. Jika korang inginkan kelainan dan mahukan persekitaran yang indah dan mewah untuk majlis perkahwinan anda kelak, menabung la dari sekarang, yer…:-)



Taman

Bayangkan anda melangkah ke persada persandingan dengan dikelilingi bunga2 segar, panorama kehijauan dan udara yang nyaman. Betapa indahnya majlis perkahwinan anda bukan? Actually, konsep perkahwinan dalam taman atau ‘garden wedding’ nie adalah sesuatu yang baru dan agak mewah. Konsep perkahwinan moden kontemporari nie lebih bercirikan gaya perkahwinan ala Inggeris. Sudah tentunya anda kena menyimpan ‘dana’ yang lebih skit la untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang sebegini elegant dan stylish!

Cuma satu jer kekurangannya – ianya tidak ‘kalis cuaca’ :-) Ia hanya sesuai untuk semua musim kecuali musim tengkujuh…:-) So, kalau anda betul2 idamkan majlis perkahwinan di dalam taman ini, anda kena betul2 pastikan hari bersejarah anda itu tidak akan dilanda hujan lebat atau ribut kencang! So, buatlah pilihan yang betul…:-)




P/s: Suka tak artikel nie? Kalau suka, jangan lupa untuk jadi fans My Online Magazine di facebook, ya! Dan untuk membaca lagi artikel-artikel yang best, sila layari link setelkahwin.com...!

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.