Wednesday, March 24, 2010

Kenali adat perkahwinan Melayu

Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua. Justeru, tak heranlah jika perkahwinan pun dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, korang kena la tau bahawa sesuatu perkahwinan itu akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Wah! Banyaknya peringkat yang kena lalui sebelum kawin:-) So, untuk mereka yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan tak lama lagi, eloklah jika korang membaca sedikit info tentang adat2 yang korang akan lalui nanti.

Merisik

- adat merisik juga dikenali sebagai ‘menengok’, ‘meninjau’ atau ‘menilik’ si anak dara

- bertujuan untuk memilih dan menyelidik latar belakang bakal menantu perempuan berkaitan dengan tingkah lakunya, pengetahuan agama, skill rumahtangga dsb. lagi.

- mengikut kata orang2 tua, jika rombongan pihak lelaki datang semasa si anak dara sedang mandi atau membasuh baju, kirenya nie petanda baik

- sebaliknya, jika si dara sedang memasak masa rombongan sampai, ia membawa alamat kurang baik, sebab kononnya ia petanda ‘panas’:-)

- pada zaman yang serba serbi moden nie, adat merisik dah jarang dilakukan

- yang diberi keutamaan, asal si gadis ada pegangan agama, adab sopan dan latar belakang keluarga yang baik, dah kire cukup bagus.

Meminang

- jika si gadis belum berpunya setelah membuat risikan, adat meminang pula akan dilakukan.

- tujuannya adalah untuk menyatakan hasrat anak teruna yang ingin berkahwin dengan gadis pilihannya.

- biasanya rombongan meminang akan diwakili oleh mak bapak lelaki atau orang2 tua yang akan pergi ke rumah anak dara untuk meminangnya.

- kalu ikut adat, suatu tempoh akan diberi kepada pihak pompuan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka atau utk menyelidik tentang latar belakang pihak laki2 pulak.

- sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang pulak pasal tarikh nak bertunang, hantaran dan hal2 lain yg berkait dengan proses pertunangan tue…

- oops… jangan lupe pulak utk bawak sebentuk cincin untuk diserahkan kepada wakil pihak pompuan sebagai tanda peminangan (ikut sesetengah tempat la..).

Bertunang

- setelah peminangan diterima, ia akan disusuli pulak dengan majlis pertunangan

- adat bertunang atau ‘Menghantar Tanda’ nie sebenarnya memberi maksud si anak dara sudah manjadi milik orang.

- ia juga bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pasangan tue mengenali hati budi masing2 dgn lebih dekat.

- mengikut kebiasaan, kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan

- rombongan lelaki akan membawa ‘tanda’ yg berupa sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan menjadi pilihan) untuk diberi kepada pihak perempuan.

- selain itu, terdapat juge beberapa barang hantaran lain yg turut diberi seperti sirih junjung, sejadah, al-Quran, alat solek dsb.

- jumlah dulang hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 di mana pihak perempuan akan membalas lebih sedikit daripada pihak lelaki.

- pada majlis nie jugaklah wakil kedua2 belah pihak akan berbincang pasal tempoh bertunang, belaja kawin dan lain2 hal yang berkaitan.

- yang menariknya, kalau dah takde jodoh dan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, semua barang hantaran yang diberi dikira ‘hangus’ saje.

- sebaliknya kalau pihak perempuan yang putuskan ikatan pertunangan, maka dia terpaksa mengembalikan semua barang hantaran tue sebanyak dua kali ganda jumlahnya.

Pernikahan

- pernikahan atau akad nikah adalah hari yang penting buat kedua-dua pengantin kerana pada majlis inilah mereka akan diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.

- akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan.

- pada masa nie, pengantin lelaki akan berasa begitu berdebar kerana perlu melafazkan akad nikah.



- biasanya upacara akad nikah nie akan disertai dengan mas kawin, wang hantaran (atau belanja), sebentuk cincin (atau barang kemas yg lain) serta barang2 hantaran yg lain yg dibawa oleh rombongan pengantin lelaki.

- selepas pengantin lelaki diijabkabul, (biasanya satu lafaz je utk mereka yg ‘cool’ :-) ), sebentuk cincin akan disarungkan ke jari manis pengantin perempuan dalam upacara ‘membatalkan air sembahyang’.

- selesai je upacara pernikahan, kedua-dua pengantin baru nie akan bersiap sedia untuk menempuhi majlis persandingan yang gilang-gemilang.

Persandingan

- persandingan atau majlis perkahwinan nie adalah acara kemuncak di mana kedua2 pengantin akan digelar ‘Raja Sehari’.

- majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan.

- rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit.

- seterusnya, pasangan Raja Sehari nie akan diraikan di atas hiasan pelamin atau lebih grand dipanggil ‘singgahsana’:-)

- pada masa nie lah kerlipan daripada kamera2 dan hanpon yg pelbagai jenis tak putus2 merakamkan detik2 bersejarah pengantin baru beserta dengan keluarga dan sedara mara mereka.



- tak cukup bergambar di pelamin, pengantin dipelawa pulak untuk berposing di dalam kamar pengantin yg dihias indah.

- kemudian, setelah berpenat-lelah mengadap kamera, barulah pasangan pengantin baru dijamu makan di upacara makan beradap.

- dgn aksi malu2 kucing, pengantin perempuan akan menyuap makanan ke dalam mulut suaminya dan begitulah juga sebaliknya.

- lebih kurang beberapa hari atau seminggu selepas majlis perkahwinan diadakan, majlis bertandang (atau adat menyambut menantu) pula akan diadakan di rumah pihak lelaki.

So, begitulah sedikit sebanyak info tentang aturan adat dalam melangsungkan sesuatu majlis perkahwinan. Biarpun zaman sudah berubah, namun apa salahnya jika adat warisan perkahwinan Melayu nie diteruskan supaya ia tetap akan terpelihara khususnya untuk generasi akan datang. Sekian.

P/s: Suka tak artikel nie? Kalau suka, jangan lupa untuk jadi fans My Online Magazine di facebook, ya! Dan untuk membaca lagi artikel-artikel yang best, sila layari link setelkahwin.com...!

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.