Friday, March 26, 2010

Hantaran kahwin ‘HIGH budget’

Sebelum nie kita dah kupas serba sedikit pasal barang hantaran kawin yang biasa diberi kepada kedua-dua belah mempelai. Tapi, seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih nie, ada di antara kita yang suka buat kelainan dalam menyediakan barang hantaran kawin. Biar gempak gitu:-) So, wujudlah trend baru di dalam wedding market yang dikenali sebagai hantaran kawin ‘high-budget’.

Sebenarnya, pasangan yang mau ikut trend nie hendaklah mengambil kira bajet serta keperluan masing2. Jangan ikut ati dan perasaan jer…Tetapi, kengkadang tue, barang mahal yang nak dijadikan hantaran tu memang sesuatu yang dah diidam2kan sejak sekian lama. Dan skrang nie, dah ada orang nak bagi hadiah, apalagi…mintak je ler :-p

Jom kita lihat apa barang2 hantaran kawin yang menjadi pilihan sesetengah pasangan di alaf cyber nie yer:-

1. Telefon bimbit / telefon tangan / telefon mudah alih dan yang seangkatan dengannya

Wah…begitu banyak namanya, tapi ramai di antara kita lebih senang meyebutnya sebagai ‘handphone’ ataupun ‘handset’ jer. Ada banyak modelnya di pasaran seperti Nokia, Sony, LG, Samsung dsb. nya lagi. Pilih jer yang mana2 mengikut ‘specs’ masing2 dan yang penting, asal berkenan di hati. Mawi pun memilih hadiah hanpon sebagai salah satu hantaran untuk isteri kesayangannya, Ekin. Klas gitu…



2. iPod

iPod nie adalah gajet canggih keluaran Apple Computer yang bersaiz poket dan digunakan untuk menyimpan dan mendengar muzik. Macam mp3 player la katakan. Cuma yang bezanya, ia boleh simpan banyak lagu daripada beberapa ratus hinggalah kepada sepuluh ribu lagu dan kita juga boleh tengok music video di dalamnya. Canggih, bukan?

3. Digital camera (slr atau dslr) / handycam / videocam

Nie satu lagi gajet yang sesuai sangat untuk dijadikan barang hantaran untuk mereka yang ada ‘modal besar’ … Ada banyak jenis kamera yang boleh dipilih, antaranya ialah digital kamera (slr atau dslr), handycam atau videocam. Untuk pengetahuan korang semua, kamera slr (single lens reflex) menggunakan filem sebagai mediumnya manakala dslr (digital single lens reflex) plak, guna memori kad. Oklah, kalau nak lebih detail, tanyalah pakar kamera pulak yer…



4. Playstation3 (PS3)

PS3 (lanjutan daripada PS2) adalah merupakan video game keluaran Sony. PS3 nie memang menjadi ‘kegilaan’ remaja zaman sekarang yang suka bermain game yang menarik dan mencabar gile. Harganya pun ..hmm..hmm…buleh tahan jugakla…so, ingatlah bajet anda sebelum pikir untuk beli benda alah nie, yer…Saingan Sony PS3 nie ialah Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii. Ikut suka hati koranglah nak pilih yang mana satu…

5. Netbook

Pernah tak dengar pasal netbook? Actually, netbook nie mempunyai fungsi yang sama sebijik seperti laptop biasa. Cuma yang bezanya adalah dari segi saiznya di mana saiz netbook lebih kecik iaitu lebih kurang 5” jer. Ia juga tidak mempunyai pemacu cd/dvd (bole pakai external). So, rupanya yang kecil dan comel itu, selain harga yang murah sikit daripada laptop, memang sah2 menjadi idaman bagi mana2 pasangan yang bakal bergelar raja sehari :-)



5. PDA / Smartphone

Beza kedua-dua gajet nie dengan hanpon biasa ialah ia lebih canggih dan lebih multifunction. Misalnya sebuah smartphone boleh ada fungsi2 seperti Internet, organizer, Ms Word/Powerpoint, camera, multimedia player dsb lagi. Harganya yang paling murah pun lebih kurang seribu lebih dan ianya lebih sesuai diberikan hadiah untuk lelaki/wanita korporat. Contoh smartphone ialah Blackberry dan iPhone 3G manakala contoh PDA adalah seperti HP iPac dan Toshiba Pocket PC.



5. External Hardisk (SATA or Firewire)

Jangan terkejut kerana external hardisk (cakera keras luaran) nie ada jugak yang dijadikan sebagai hantaran kawin. Tapi biasanya ia hanya untuk golongan yang terlibat dalam industri computer la… Antara jenis external hardisk yang ada adalah seperti SATA atau Firewire. Golongan IT nie tau la nak pilih yang mana satu, kan … J

6. Graphic tablet

Nie alat ape pulak? Actually, device nie biasanya digunakan oleh graphic designer atau sape2 yang minat pada computer graphic atau drawing. Biasanya ia digunakan untuk melukis sesuatu pada touch screennya dan imejnya akan terpapar pada skrin computer anda. Canggih, kan? Harganya plak, ada yang murah (dalam beberatus hinggit) dan ada yang sampai mencecah beribu-ribu hinggit. It all depends on the function and quality. Untuk makluman korang, Wacom graphic tablet adalah salah satu jenis tablet yang tersohor di pasaran multimedia.

9. Electric guitar

Huhu… nie mungkin bukan termasuk dalam gajet IT, tapi ada jugak orang yang menjadikan gitar sebagai hantaran kawin:-) Yang pastinya, bende nie memang high budget la.. Misalnya, penyampai radio Era, Nana telah memberikan hadiah hantaran gitar elektrik (berharga RM10,000) buat suami tersayangnya Brian. Wah…klas gitu…! Anda.. macam mana pulak?



10. GPS Device

Alat nie memang yang tercanggih di pasaran la skang nie. GPS atau Global Positioning System nie sebenarnya satu alat untuk menentukan lokasi atau kedudukan seseorang. Sebijik macam map la… kalau anda jenis yang buta jalan dan selalu ajer sesat, rekomenkan pada pasangan anda untuk hadiahkan alat yang canggih nie sebagai hantaran kawin anda yer…:-) Alat GPS nie boleh dipakai pada laptop ataupun hanpon anda.

Wah, dah jadi cam thread IT la plak, ek? Apa2pun, yang paling penting yang perlu anda consider sebelum membeli barang2 hantaran nie adalah bajet perkahwinan dan kepentingan segala gajet2 canggih nie dalam hidup anda. So, make the right decision ok dan jangan bebankan pasangan anda pulak!

No comments:

Post a Comment

a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.