Sunday, March 28, 2010

6 kesilapan melibatkan wang bagi pasangan baru kahwin



Tak leh dinafikan bahawa wang adalah punca pertengkaran yang utama di dalam sesuatu perkawinan. Dulu sebelum kawin, you all duk sorang2, nak wat apa2 pun tak kisah. Lepas kawin plak, duduk berdua, nak wat apa2 pun kena berkira, betul tak? :-)

Untuk si suami, dulu you all takde apa2 tanggungan, tapi lepas kawin, korang kena sara anak bini. So, memang tanggungjawab anda nie berat skit la. Untuk si isteri plak, especially untuk korang yang bekerja tu, bantu2 la suami jika dia ada masalah. Jangan buat dek pulak walaupun anda tau yang laki korang tue ada masalah dan perlukan wang.

Jangan lupe bahawa, lepas kawin, kedua2 suami isteri nie ada tanggungjawab masing2 . So, bacalah 6 kesilapan di bawah yang sering kali menjadi punca pergaduhan di antara suami isteri – khasnya untuk yang baru ajer kawin.

Satu: Tidak membuat bajet

Setelah kawin, anda kena sedar yang anda akan ‘merge’kan 2 perbelanjaan ke dalam 1 household. Yang paling penting selepas kawin, korang kena buat bajet untuk perbelanjaan korang. Paling mudah, anda listkan dulu perbelanjaan bulanan (bil elektrik/air, beli barang rumah, barang dapor dll) dan hutang (kad kredit, pinjaman kete/rumah dll). Lepas buat bajet, baru you all akan tau brape byk wang yang tinggal untuk kegunaan personal dan brapa banyak pulak yg bleh di simpan.

Dua: Merahsiakan hal tentang Wang

Seelok-eloknya sebelum kawin anda kena berterus terang pada pasangan tentang hal berkenaan dengan kewangan. Maksudnya, jika korang ada hutang berpuluh-ribu untuk kad kredit ke, atau ada hutang dengan along ke… Atau mungkin jugak korang ada apa2 fetish ke, cam ketagih beli kasut, handbag ke, alat2 make-up dsb lagi. Seme nie penting supaya pasangan anda tau tentang beban kewangan atau cara anda gunakan duit untuk berbelanja J . Jangan cuba mengelak dan usah berahsia tentang hal kewangan daripada pasangan korang, ingat tuh!

Tiga: Tidak merancang untuk waktu kecemasan

Haa…yang no.3 nie ramai pasangan yg amik mudah jer. Maybe pas kawin, anda tak terpikir sangat pasal hal2 kecemasan nie. Tapi hakikatnya, kita tak tau bile bad things akan berlaku pada kita. Contohnya kreta rosak ker (kna pakai banyak duit ooo….), dibuang keje (harap2 tak la, kan?), accident dsb lagi. So, korang kena bukak satu tabung simpanan untuk hal2 kecemasan nie. And always keep in mind supaya jangan keluarkan wang simpanan ini kecuali untuk kes2 yang benar2 emergency sajer, okey? Berikanlah pasangan anda suatu jaminan kewangan atau a sense of financial security demi melindungi orang tersayang anda.

Empat: Bergaduh tantang hal remeh-temeh

Percayalah yang soal duit nie memang bleh buat korang laki bini bergaduh besar! Mana taknya kalu si isteri tue nak makan bege McD, tapi si suami plak nak beli bege tepi jalan je sbb lebih murah. So akan tercetus la suatu pertengkaran di antara kedua2nya. Memang la kes beli bege nie kecik jer, tapi kalu lama2 pendam… akan meletupla gunung berapi! Wahai para suami dan isteri sekalian, perkawinan nie sebenarnya memerlukan kompromi dan kata sepakat. Tak berbaloi la kalu korang bergaduh besar disebabkan oleh hal yang remeh temeh. Better kalu anda pikirkan satu jalan supaya anda berdua bleh berjimat, cam beli bege McD sebulan sekali ke (contoh je la :-) ).

Lima: Berhutang Keliling Pinggang

Jika salah sorang bawak masuk hutang ke dalam suatu perkawinan, ia akan jadi masalah untuk korang BERDUA. Skrang nie, sudah jadi adat untuk orang yang bekerja nie berhutang. Biasanya, orang banyak berhutang pada kad kredit dan pinjaman krajaan/bank. Memang dah tak leh lari daripada kedua2 pemiutang nie:-) Tapi kalu bleh la kan, elakkan dari banyak berhutang semasa mula2 kawin nie. Contohnya, jangan berhutang dengan bank untuk melangsungkan majlis perkawinan yang high-budget, atau pegi berbulan madu di tempat2 yang mewah ataupun membeli perabot2 yang mahal untuk rumah anda. Sebaliknya, banyak2lah bersimpan untuk masa kemudian nanti.

Enam: Memberi kuasa kewangan sepenuhnya kepada seorang pasangan

Sudah menjadi kelaziman iaitu suami yang akan menggalas tanggungjawab dalam soal kewangan rumahtangga. Tapi tak salah kalu kedua suami isteri kongsi tanggungjawab tue. Sebab kalu suami je yang in-charge, kalu terjadi apa2 kat dia nanti, si isteri tak tau plak apa nak buat. So, better kalu kedua2nya tau pasal info kewangan masing2.

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
a href="http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=255974">

Meta Tag Analyzer Tool

Meta Tag Analyzer
Check your meta tags!

example: http://www.host.com.
URL

(optional)
User Agent * (optional)


Please enter the access code as displayed above.
Access code

Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.